Friday, 28 March 2014

Komen Terhadap Lagu Isu Hak Asasi Manusia


Melalui klip video lagu tersebut, dapat kita saksikan keangkuhan Israel dalam membunuh dan menghapuskan masyarakat arab Palestin. Jalan-jalan di sepanjang bandar Palestin semakin lenggang. Hanya dipenuhi dengan kerobohan banggunan akibat daripada letupan-letupan bom oleh Israel. Malah ruang angkasa dikuasai oleh roket dan bom-bom untuk menghancurkan penduduk dan kawasan Palestin. Mereka sentiasa melancarkan serangan sehingga mengorbankan banyak nyawa yang melibatkan orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Sesungguhnya amat menyedihkan apabila melihat rumah kediaman diletupkan, kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh serta bekalan perubatan yang amat terhad, sedangkan mereka yang cedera bertambah setiap kali serangan berlaku. Sejak konflik ini bermula, ianya menyaksikan warga Palestin semakin hilang di telan keangkuhan Israel.



Kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka. Mereka terpaksa hadapi cabaran-cabaran tersebut dan ada sesetengah kanak-kanak yang terpaksa melibatkan diri dalam peperangan bagi mempertahankan diri mereka dan ahli keluarga dengan harapan bumi Palestin akan kembali aman, bebas dari kekejaman Israel. Disini timbul persoalan dimanakah Hak Asasi Manusia? Dimanakah Hak Kanak-kanak tersebut? Tanpa sebarang belas kasihan, serangan terus dilakukan. Disini perlu ditekankan bahawa terdapat Hak Kanak-kanak yang melindungi mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. 



Menurut Deklarasi Kaherah Hak Asasi Manusia Islami (Artikel 3), terdapat dua perkara yang ditekankan berkaitan dengan peperangan iaitu perkara pertama ialah ‘dalam hal penggunaan kuasa dan konflik bersenjata, tidak dibenarkan membunuh golongan tidak berperang seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak. Mereka yang cedera dan sakit berhak mendapat rawatan perubatan; dan tawanan perang berhak diberi makanan, tempat tinggal dan pakaian. Adalah dilarang merosakkan mayat yang terkorban….’. Namun dapat kita ketahui bahawa secara majoritinya orang tua, wanita dan kanak-kanak telah terlibat dalam peperangan tersebut tanpa belas ikhsan.


Perkara kedua ialah ‘adalah dilarang menebang pohon, merosakkan tanaman atau ternakan, dan memusnahkan bangunan awam dan tempat simpanan musuh melalui penembakan, peletupan atau sebarang cara lain’.  Namun begitu, peletupan sering berlaku sehingga memusnahkan bangunan-bangunan awam. Perkara 3 dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia juga ada menyatakan bahawa ‘Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri’. Oleh itu, warga Palestin mempunyai hak tersebut untuk bebas daripada peperangan, namun serangan-serangan terus dilakukan tanpa rasa belas kasihan. 


Lagu & Lirik Berkaitan Hak Asasi Manusia


LAGU


Palestine Will Be Free (Maher Zain)





LIRIK LAGU

Every day we tell each other
That this day will be, will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That's why I won't cry
I feel scared but I won't show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun's light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I'm only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free



LIRIK LAGU BAHASA MALAYSIA

Setiap hari kami memberitahu satu sama lain
Pada hari ini akan menjadi, akan menjadi yang terakhir
Dan esok kami semua boleh pulang ke rumah bebas
Dan semua ini akhirnya akan berakhir
Palestin esok akan menjadi bebas 
Palestin esok akan menjadi bebas

Tiada ibu, tiada ayah untuk mengelapkan air mata saya
Sebab itulah saya tidak akan menangis
Saya rasa takut, tetapi saya tidak akan menunjukkan ketakutan saya
Saya sentiasa meletakkan kepala saya tinggi

Dalam hati saya, saya tidak pernah mempunyai apa-apa keraguan
Bahawa Palestin esok akan bebas
Palestin esok akan menjadi bebas

Saya melihat roket dan bom mereka bersinar di langit 
Seperti titisan hujan dalam cahaya matahari
Membawa pergi semua orang tersayang yang dekat dengan hati saya
Memusnahkan impian saya dalam sekelip mata

Apa yang berlaku dengan hak asasi manusia kita?
Apa yang berlaku kepada kesucian hidup?

Dan semua penipuan yang lain?
Saya tahu bahawa saya hanya seorang kanak-kanak
Tetapi suara hati kamu masih hidup

Saya akan membelai dengan tangan saya
Setiap butir berharga pasir
Setiap batu dan setiap pokok
Sebab tidak kira apa yang mereka lakukan
Mereka tidak boleh mencederakan kamu
Sebab jiwa kamu akan sentiasa bebas
Palestin esok akan menjadi bebas 
Palestin esok akan menjadi bebas



Komen Terhadap Isu Semasa Hak Asasi manusia


ISU PENDERAAN KANAK-KANAK

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Suasana ini akan membentuk mereka manjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Mereka juga perlu diberi perhatian kerana tahap pemikiran mereka masih ditahap untuk mempelajari dan belum dapat berfikir secara rasional dalam sesuatu perkara yang rumit. Oleh itu, mereka berhak ke atas hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.



Peranan kerajaan yang amat penting dalam hal ini kerana kerajaan yang boleh memberi ruang dan mandat untuk menjadikan kanak – kanak ini diberi perlindungan yang sewajarnya. Semua lapisan masyarakat di Malaysia haruslah sedar dan peka kepada kehadiran dan kepentingan kanak – kanak ini dalam pembangunan masyarakat kita. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Mereka sering beranggapan bahawa kanak – kanak ini hanyalah budak kecil yang tidak memberi apa – apa kepentingan kepada mereka. Mereka hanya melihat kanak – kanak ini sebagai budak suruhan, hamba dan dibuli sesuka hati.

Masyarakat harus sedar bahawa kanak – kanak inilah yang akan meneruskan perjuangan dan kepimpinan negara suatu hari nanti. Kes seperti penderaan terhadap kanak-kanak, pembuangan bayi, kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak serta perdagangan kanak-kanak sebagai buruh kasar ini harus kita fikirkan dan beri perhatian yang kuat agar masalah ini dapat kita rungkaikan bersama dan mencari penyelesaiannya.

Hak kanak-kanak  adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children). Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hak – hak yang perlu diberi kepada seseorang kanak – kanak, Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan negara-negara pihak dan juga masyarakat.



Dalam konvensyen ini juga telah menggariskan empat elemen hak yang perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat Malaysia iaitu Kehidupan, Perlindungan, Penyertaan dan Perkembangan.  Namun bagi memfokuskan kepada isu penderaan kanak-kanak ini, elemen yang akan dilihat ialah dari segi Perlindungan. Hak Perlindungan ialah hak perlindungan kanak-kanak daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya.

Kita sering mendengar dan terbaca berita tentang kanak – kanak didera, dibuli, dicabul, diseludup, dijadikan buruh kasar dan sebagainya  dalam media. Masalah ini jika berlarutan boleh menjadi satu virus dan bencana dalam pembangunan dan kemajuan negara. Kanak – kanak adalah satu komuniti yang harus diberi perlindungan yang maksimum dan diberi hak untuk menikmati zaman kanak – kanaknya.

Dalam elemen Hak Perlindungan kanak-kanak, kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan.

Tindakan undang – undang yang ketat dan telus haruslah diambil oleh pihak berwajib untuk menyedarkan mereka yang sengaja mengeksploitasikan hak kanak – kanak. Golongan intelektual haruslah menyedarkan semua dan membuka mentaliti mereka bahawa hak kanak – kanak haruslah dipelihara dan diambil serius untuk mewujudkan kanak – kanak Malaysia yang bijak, berketrampilan dan menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

Sebagai penutup bagi perbincangan terhadap isu penderaan kanak-kanak ini, hak kanak-kanak amat penting dan perlu dipandang serius supaya isu penderaan terhadap kanak-kanak ini tidak berlaku. Tindakan undang-undang juga perlu dikenakan secara serius  terhadap sesiapa yang melanggar hak kanak-kanak yang telah ditetapkan.  Hal ini demikian kerana, kanak-kanak juga mempunyai hak untuk hidup dan dilayan secara berperikemanusiaan seperti yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Perkara 5 iaitu  tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.



Isu Semasa Hak Asasi Manusia


ISU PENDERAAN KANAK-KANAK


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -  Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan pada awal tahun 1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Oleh yang demikian, insiden penderaan dan pengabaian kanak-kanak perlu dikaji dan diselidiki.

Artikel ini membincangkan tentang latar belakang mangsa penderaan mengikut bentuk penderaan, umur, jantina, latar belakang budaya, status dan psikologi kanak-kanak mangsa penderaan. Perbincangan ini meliputi faktor-faktor penderaan, hubungan pelaku dan personaliti pelaku penderaan serta kesan penderaan dianalisis secara terperinci.

Penderaan melibatkan tiga bentuk iaitu fizikal, seksual dan emosi. Penderaan fizikal ditafsirkan sebagai keganasan yang menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya.

Trauma penderaan fizikal ialah ketakutan melampau apabila berdepan dengan orang dewasa (fobia), luka dan cedera yang kekal, rosak saraf otak dan urat saraf (cacat seumur hidup) dan perkembangan mental lembap kerana menderita ketegangan saraf.
Manakala penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi tuntutan nafsu seks orang dewasa. Ianya melibatkan eksploitasi bahagian sulit kanak-kanak, dicabul, dirogol dan dipaksa melacur. Kesan kepada mangsa ialah luka dalam kemaluan, penyakit kelamin, mengandung, traumatik, pengkhianatan, stigma (malu, rasa bersalah) dan tidak berkuasa (untuk melawan).
Penderaan emosi hanya melibatkan satu kes dalam kajian ini iaitu kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga Cina yang dianggap "sial." Kesan ke atas mangsa berlaku secara bertahap mengikut umur seperti ponteng sekolah, tidak minat dengan pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan lari dari rumah.

Latar belakang pelaku adalah pemabuk dan penjudi, penagih dadah, penjenayah, masalah mental, terasing secara sosial, percaya pada bomoh, anak sebagai beban kemiskinan dan pengalaman didera semasa kanak-kanak. Manakala hubungan pelaku dengan mangsa ialah pelaku lahir dalam perkahwinan bermasalah, ibu tunggal dan ibu remaja.

Mangsa penderaan dan pengabaian akan mengalami kesan yang berkekalan dan terpaksa menanggung penderitaan sehingga menjejaskan perkembangan kognitif, kesihatan mental, kestabilan emosi dan penyesuaian sosialnya. Kesan-kesan penderaan ini penting untuk diketahui kerana ia dapat dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menyusun langkah-langkah secara efektif dan program rawatan yang lebih berkesan bagi mengurangkan penderitaan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa penderaan.

Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga 2009.Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes.

Justeru, kita perlu bertindak segera untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum berlarutan. Semua pihak perlu berganding bahu menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara kita. Hanya keluarga yang bahagia dan harmoni mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang dan hebat.

Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita mengenai nilai kekeluargaan sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti kita idamkan supaya kita lebih bersedia untuk menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.

Wednesday, 26 March 2014

Pengenalan


DEFINISI HAK ASASI MANUSIA


Menurut Rhoda E. Howard (1948) yang merupakan ahli sosiologi, Hak Asasi Manusia merupakan hak setiap insan yang dilahirkan sebagai manusia. Hak Asasi Manusia adalah hak setiap individu. Isu yang penting dalam Hak Asasi Manusia yang ditekankan oleh Rhoda E. Howard adalah hak persamaan dan ianya lebih memfokuskan kepada individu.


Menurut ahli politik Henkin (1989), Hak Asasi Manusia ada unsur keadilan dan bersifat demokrasi. Beliau mengkaitkan hak individu dengan hak masyarakat. Beliau lebih memfokuskan kepada undang-undang yang melindungi individu dan kumpulan daripada penindasan kerajaan/pemerintah. Secara ringkasnya, menurut beliau Hak Asasi Manusia mesti ada undang-undang untuk melindungi individu dan masyarakat daripada ditindas.

Buergenthal (1988) mentakrifkan Hak Asasi Manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Buergenthal yang merupakan ahli undang-undang dan sarjana menyatakan bahawa Hak Asasi Manusia mempunyai unsur-unsur atau sifat-sifat fundamental. Menurut beliau Hak Asasi Manusia mesti didokumenkan iaitu secara simpanan dan secara bertulis. Hak Asasi Manusia dari pandangan beliau adalah mesti mempunyai unsur perlindungan daripada mahkamah dan institusi keadilan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah daripada setiap pandangan tersebut. Masalah dari aspek sosiologi, dapat dilihat apabila ianya berbentuk individu. Jadi apa sekalipun yang hendak dilakukan oleh individu diberikan kebebasan. Dari aspek politik masalah yang timbul adalah disebabkan demokrasi. Suara majoriti yang menentukan sesuatu isu/pandangan, oleh itu pandangan lain tidak akan diambil kira. Masalah seterusnya yang dapat dilihat adalah dari aspek undang-undang. Hak Asasi Manusia dilindungi oleh mahkamah dan institusi keadilan. Oleh itu segala keputusan bergantung kepada suara mahkamah. Masalah yang timbul dari aspek ini adalah disebabkan perbezaan pandangan mahkamah dan hakim.


Biodata Pelajar





NAMA : JURIAH BINTI MUSTAFA
NO MATRIK : A140912
BIDANG PENGAJIAN : PENDIDIKAN SUKAN & REKREASI
TAHUN PENGAJIAN : 2 
EMAIL : juriahmustafa15@gmail.com