DEFINISI HAK ASASI MANUSIA
Menurut Rhoda E. Howard (1948) yang merupakan ahli sosiologi, Hak Asasi Manusia merupakan hak setiap insan yang dilahirkan sebagai manusia. Hak Asasi Manusia adalah hak setiap individu. Isu yang penting dalam Hak Asasi Manusia yang ditekankan oleh Rhoda E. Howard adalah hak persamaan dan ianya lebih memfokuskan kepada individu.
Menurut ahli politik Henkin (1989), Hak Asasi Manusia ada unsur keadilan dan bersifat demokrasi. Beliau mengkaitkan hak individu dengan hak masyarakat. Beliau lebih memfokuskan kepada undang-undang yang melindungi individu dan kumpulan daripada penindasan kerajaan/pemerintah. Secara ringkasnya, menurut beliau Hak Asasi Manusia mesti ada undang-undang untuk melindungi individu dan masyarakat daripada ditindas.
Buergenthal (1988) mentakrifkan Hak Asasi Manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Buergenthal yang merupakan ahli undang-undang dan sarjana menyatakan bahawa Hak Asasi Manusia mempunyai unsur-unsur atau sifat-sifat fundamental. Menurut beliau Hak Asasi Manusia mesti didokumenkan iaitu secara simpanan dan secara bertulis. Hak Asasi Manusia dari pandangan beliau adalah mesti mempunyai unsur perlindungan daripada mahkamah dan institusi keadilan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah daripada setiap pandangan tersebut. Masalah dari aspek sosiologi, dapat dilihat apabila ianya berbentuk individu. Jadi apa sekalipun yang hendak dilakukan oleh individu diberikan kebebasan. Dari aspek politik masalah yang timbul adalah disebabkan demokrasi. Suara majoriti yang menentukan sesuatu isu/pandangan, oleh itu pandangan lain tidak akan diambil kira. Masalah seterusnya yang dapat dilihat adalah dari aspek undang-undang. Hak Asasi Manusia dilindungi oleh mahkamah dan institusi keadilan. Oleh itu segala keputusan bergantung kepada suara mahkamah. Masalah yang timbul dari aspek ini adalah disebabkan perbezaan pandangan mahkamah dan hakim.

No comments:
Post a Comment