Melalui klip video lagu tersebut, dapat kita saksikan keangkuhan Israel dalam membunuh dan menghapuskan masyarakat arab Palestin. Jalan-jalan
di sepanjang bandar Palestin semakin lenggang. Hanya dipenuhi dengan kerobohan
banggunan akibat daripada letupan-letupan bom oleh Israel. Malah ruang angkasa
dikuasai oleh roket dan bom-bom untuk menghancurkan penduduk dan kawasan
Palestin. Mereka sentiasa melancarkan serangan sehingga mengorbankan banyak
nyawa yang melibatkan orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Sesungguhnya amat menyedihkan apabila melihat rumah kediaman
diletupkan, kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh serta bekalan perubatan yang
amat terhad, sedangkan mereka yang cedera bertambah setiap kali serangan
berlaku. Sejak konflik ini bermula, ianya menyaksikan warga Palestin semakin
hilang di telan keangkuhan Israel.
Kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka. Mereka terpaksa
hadapi cabaran-cabaran tersebut dan ada sesetengah kanak-kanak yang terpaksa
melibatkan diri dalam peperangan bagi mempertahankan diri mereka dan ahli
keluarga dengan harapan bumi Palestin akan kembali aman, bebas dari kekejaman
Israel. Disini timbul persoalan dimanakah Hak Asasi Manusia? Dimanakah Hak Kanak-kanak tersebut? Tanpa sebarang belas kasihan, serangan terus
dilakukan. Disini perlu ditekankan bahawa terdapat Hak Kanak-kanak yang
melindungi mereka daripada sebarang bentuk kezaliman.
Menurut Deklarasi Kaherah Hak Asasi Manusia Islami (Artikel
3), terdapat dua perkara yang ditekankan berkaitan dengan peperangan iaitu
perkara pertama ialah ‘dalam hal penggunaan kuasa dan konflik bersenjata,
tidak dibenarkan membunuh golongan tidak berperang seperti orang tua, wanita
dan kanak-kanak. Mereka yang cedera dan sakit berhak mendapat rawatan
perubatan; dan tawanan perang berhak diberi makanan, tempat tinggal dan
pakaian. Adalah dilarang merosakkan mayat yang terkorban….’. Namun
dapat kita ketahui bahawa secara majoritinya orang tua, wanita dan kanak-kanak
telah terlibat dalam peperangan tersebut tanpa belas ikhsan.
Perkara kedua ialah ‘adalah dilarang menebang pohon,
merosakkan tanaman atau ternakan, dan memusnahkan bangunan awam dan tempat
simpanan musuh melalui penembakan, peletupan atau sebarang cara lain’. Namun begitu, peletupan sering berlaku
sehingga memusnahkan bangunan-bangunan awam. Perkara 3 dalam Deklarasi Sejagat
Hak Asasi Manusia juga ada menyatakan bahawa ‘Setiap orang adalah berhak
kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri’. Oleh itu, warga Palestin
mempunyai hak tersebut untuk bebas daripada peperangan, namun serangan-serangan
terus dilakukan tanpa rasa belas kasihan.



No comments:
Post a Comment